Sabtu, 26 Disember 2009

siri lawak yang tak lawak

              Sampai di Melaka dah dekat pukul 5.00 petang. Terus ke hotel untuk pendaftaran. Ada empat lima orang yang sepatutnya hadir…tapi bagi alasan macam Pak Din Bilal. Cikgu Mat Ali dan Tok Sidang Deraman dapat menyertai kursus.


Pak Lang Pian, Imam Hj. Zain dan Imam Mat Ripin berpecah. Semua kena tidur dengan rakan baru yang datang dari beberapa negeri di Selatan tanah air. Ada yang datang dari Johor, dari Negeri Sembilan dan paling ramai dari Melaka. Semuanya ada lebih kurang 35 orang.

Sampai di hotel…itu bukan kerja aku dah. Semuanya diuruskan oleh sekretariat. Malam tersebut diadakan majlis suaikenal…tapi aku tak tau apa yang depa buat sebab aku kena sediakan bahan-bahan untuk sessi aku esok pagi.

Sabtu pagi..lepas minum pagi, semuanya masuk kedalam bilik kuliah.

“Assalamualaikum semua?” aku bagi salam.

“Waalaikum salam Cikgu.” depa jawab. Fuiyo!! seronok bila Tok Imam, Tok Siak..malah Pengerusi masjid panggil aku Cikgu!!

“Saya bukan cikgu!! Saya cuma jadi fasilitator untuk sessi seterusnya iaitu Kemahiran Berkomunikasi.” aku bagi penerangan.

“Saudara…kebanyakan masalah gagal diselesaikan kerana tiada komunikasi. Kita gagal menggunakan pancaindera kita untuk melakukan perkara yang sepatutnya. Kita cuma tau kutuk..walaupun tak bertempat.”

Pak Lang Pian tersengih bila aku cakap macam tu. Mungkin dalam hatinya berkata “Huh…kamu pun macam tu!!”

“Kita sering membuat keputusan berdasarkan persepsi, prasangka dan prejudis. Kita tengok orang rambut panjang…pakai jeans dengan baju Pagoda…yang tu kaki rock. Kaki tak sembahyang. Bila kita tengok orang pakai jubah dan serban..kita anggap dia alim ulama. Kita tengok perempuan tak pakai tudung…yang tu ahli neraka. Kita merasakan kita saja yang betul….orang lain tak betul.” Aku memulakan sessi Kemahiran Berkomunikasi.

“Pagi ni…kita nak tengok. Sapa yang membuat keputusan berdasarkan akal fikiran…dan sapa yang membuat keputusan berdasarkan emosi, prasangka dan prejudis. Saya tak akan bagi tau…Saudara kena sedar sendiri.” Aku mula mengedarkan sekeping kertas kepada setiap peserta.

“Saya minta Saudara-saudara tolong baca kertas tersebut dan fahami dengan teliti cerita tersebut.”

“Rohana adalah pelajar Tahun 4 disebuah sekolah rendah. Pada suatu pagi…kira-kira pukul 10 pagi…seorang guru sekolahnya menghantarnya pulang ke rumah. Sebaik sampai dirumah..guru tersebut terus kembali kesekolah dan Rohana masuk kedalam rumah.

Bapanya terkejut bila melihat Rohana kembali kerumah lebih awal dan didalam keadaan muram. Bapanya pun bertanya, “Pasai apa balik awal?”

Rohana tak menjawab.Dia mengambil sehelai tuala dan menutup mukanya sambil menangis diatas katil. Bapanya mula mencurigai sesuatu. “Apa yang terjadi Ana?” tanya bapanya.

Rohana masih tidak mahu menjawab. Bapanya hilang sabar dan memarahi anaknya. ” Cakap la pasai apa? Kalau tidak…pasai apa Cikgu kamu hantar balik?” Kamu tuang sekolah ka?

“Ana dah cakap Ana tak mau…tapi deme buat juga” Rohana mula bersuara.

“Deme buat apa?” tanya bapanya.

“Mula-mula deme baringkan Ana…lepas tu dia suruh buka. Ana tak mau, tapi ada dua orang lagi pegang tangan dan kaki Ana. Dia paksa bukak juga.” Ana bercakap sambil tersedu-sedu.

“Lepas tu deme buat apa?” sibapa sudah tak sabar.

“Dia kata…jangan takut. Tak sakit. Jadi Ana diam je. Dan dia pun masukkan barang tu. Masa tu baru terasa sakit. Ana jerit dan gigit tangan dia. Tapi cikgu pulak datang pegang mulut Ana.

Bila dia cabut…baru hilang sakit. Ana tengok..penuh dengan darah. Deme bagi kain suruh kesat darah tu. Lepas tu…dia bagi coklat. Lepas tu..cikgu hantar Ana balik.” Ana terus menangis.

Sekiranya anda adalah bapa Rohana…apakah yang akan anda lakukan?”

Aku tengok semua serius membaca teks yang aku bagi. Aku bagi masa sepuluh minit untuk mereka memahami teks yang aku bagi. Selepas itu…aku bertanya.

“Apa yang akan Pak Lang buat?” aku tanya kat Pak Lang Pian.

“Kalau aku dapat la jantan tu…aku terajang dia.” kata Pak Lang Pian.

“Tak boleh la ambil tindakan sendiri. Bagi saya…kena buat repot polis.” kata Imam Hj. Zain.

“Sebagai guru..saya lebih peka terhadap kesan emosi terhadap anak tersebut. Saya rasa..budak tersebut perlu dirujukkan kepada pakar kaunseling.” kata Cikgu Mat Ali.

“Tok Sidang pulak macam mana?” aku tanya kat Tok Sidang Deraman.

“Sebenarnya…yang ni dah diluar bidang kuasa Pengerusi masjid. Tapi sebagai Ketua yang prihatin…saya akan menubuhkan satu jawatankuasa untuk menyiasat dan seterusnya mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak guru dan sekolah. Kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang menjadi perosak masyarakat.” Bagus punya ayat dari Tok Sidang!!. Peserta lain semua bersetuju.

Aku termenung sekejap. Pasai apa semuanya berfikiran serupa?

“Saudara-saudara semua tahukah apa yang terjadi kepada Rohana?” aku tanya mereka.

Semua tercengang. Tiba-tiba Pak Lang Pian bersuara. “Tak kan nak biarkan budak tu macam tu? tak kesian ke kamu bila tengok budak umur sepuluh tahun kena rogol?”

“Mat…budak tak pas PMR pun boleh paham apa yang kamu tulih. Sapa-sapa saja yang ada akal fikiran…dia tak kan biarkan budak macam tu kena rogol.” kata Imam Hj. Zain.

“Siapa kata Rohana kena rogol?” aku tanya.

Semua terdiam. “Sebenarnya…doktor gigi datang kesekolah Rohana. Rohana tak mahu giginya dicabut…tetapi doktor merasakan gigi Rohana perlu dicabut kerana sudah rosak!! Pak Lang nak bagi penerajang kat doktor gigi tu?” aku tanya kat Pak Lang Pian.

Masing-masing cepat-cepat mengambil kertas tadi dan membaca kembali.

“Kah…kah…kah..kah.” semuanya gelak macam langsuyor.

“Itu la pasai. Cepat sangat nak menjatuhkan hukum. Cepat sangat nak bagi label kat orang lain. Orang cakap lain…kita cakap lain. Saya nak tanya…Saudara-saudara tadi gelak kat sapa?” aku tanya depa.

Masing-masing tersengih. “Celaka kamu Mat!! Kamu penaya aku.” kata Pak Lang Pian.

“Ok…petang ni..kita akan bahagikan kepada beberapa kumpulan. Satu kumpulan untuk semua Pengerusi masjid. Ustaz Huzaifah Al-Yamani pulak akan membincangkan tentang pengurusan wang masjid dan tanah wakaf. Satu kumpulan lagi semua Tok Siak. Ustaz Labu Labi pulak akan memimpin saudara-saudara untuk memahami pengurusan masjid. Dari pengurusan tempat letak kereta sampai kepada kebersihan jamban. Dan satu kumpulan lagi semua Tok Bilal. Ustaz Meor akan menerangkan kepada semua Tok Siak, macam mana nak jaga suara. Macam mana nak bang supaya sedap didengar.

Esok…saya ada satu lagi sessi..iaitu Kemahiran Mendengar. Esok saya pulak berkhutbah. Semua orang jadi makmum…termasuk Tok Imam. Kalau semua orang tertidur masa saya baca khutbah…Saudara-saudara jangan salahkan saya. ” aku mengakhiri sessi pagi tadi.

Semasa berjalan keluar, Imam Mat Ripin datang dekat aku.

“Kamu nak penaya aku lagi ke?”

hahaahaa bukan aku yang tulis ini dari :PerakExpress.com

lawak bodo-bodo tapi korang layannn jer

Ada seorang pemandu motosikal, dia membawa dua orang kawanya, tiba-tiba mereka bertiga di tahan polis, tetapi dia tidak berhenti, lalu polis itu terus meniup wisel untuk memberhentikan mereka bertiga, lalu terus pemandu motosikal itu bercakap


pemandu motosikal: sori bang polis, kami bertiga sudah ni, nada space untuk sorang lagi. ( cerita satu)

Pada zaman dahulu ada seorang raja, ingin mencari orang paling pemalas di dunia, lalu seorang lelaki pun berkata, ‘ aku paling pemalas,’ lalu raja itu bertanya,’ samapai mana tahap kemalasan mu?’

Lalu lelaki itu berkata, ‘kalau aku makan, mesti kana suapkan,’ tiba-tiba ada lagi seorang lelaki berkata, ‘aku lagi pemalas’, ’samapai mana tahapnya?’ tanya raja itu, lalu pantas lelaki itu menjawab, ‘ kalau aku makan mesti kana suapkan, tapi sebelum di suapkan, mesti di kunyahkan,’ lalu raja itu pun terus mengumumkan bahawa lelaki tadi adalah orang paling pemalas.

Belum raja itu habis mengumumkan, tiba-tiba seorang pengawalnya berkata, ‘aku lagi pemalas,’ lalu raja itu pun bertanya, ’sampai mana tahapnya?’ lalu pengawalnya menjawab, ‘kan cerita pun malas.’ (cerita 2)

Suatu hari, Pak Pandir melawat kawannya di dalam wad 5, kemudian dia bertanya pada doktor. ‘Doktor, cana doktor tau urang atu gila?’ lalu doktor itu menjawab, ’sanang, sediakan tab mandi, isi aing until full, lapas atu sediakan dua gayung, satu basar and satu damit, lapas atu suruh urang atu kusungkan tab atu. Dengan pantas Pak Pandir menjawab, ‘ ahhh, sanang kalau urang normal, ia pakai gayung yang basar, pasal atu lagi laju, kan? lalu doktor itu menjawab, ‘bukan kalau urang normal ia buka saja penutup tab mandi atu, bah Pak Pandir, kau mau katil yang mana, bulih ku bokingkan.’ ( Cerita 3)

Suatu hari, seorang lelaki berbangsa india bernama Param mencuri kambing jirannya yang berbangsa cina bernama Ah Pow. Perbuatannya itu diketahui oleh jirannya itu, lalu ia pun menghadapkan kes itu ke mahkamah. Di dalam mahkamah, peguam Param berusaha untuk menyelamatkan Param, akhirnya kes itu digugurkan kerana Ah Pow kekurangan bukti. Lalu Param pun gembira, lalu ia bercakap dengan tuan pengerusi di dalam mahkamah itu.

Param: terima kasih tuan pengerusi, jadi kambing si Ah Pow atu patut ku pulangkan kah?

Pengerusi: Apa!! ( cerita 4)

Satu hari, ada dua orang kawan, seorang berasal dari kelantan bernama Azlan , seorang lagi orang melayu biasa bernama Saleh ( macam kita semua lah). Mereka berdua berkawan baik dan tinggal bersama dalam apartment. Satu hari waktu makan malam, mereka sedang duduk, makan dan Saleh sedang membaca suratkhabar. Tiba-tiba Azlan terlihat seekor lipas berada di hadapannya, lalu dia melompat sebab dia taku katak.

Azlan: Saleh! Saleh! tu katok la katok!

Saleh: eh bukan, itu lipas bukannya katak

Azlan: katok lah katok!

Saleh: eh bukan, itu lipas bukannya katak

( dalam bahasa kelantan, katok = ketuk)

hot!hot!car


yang ni untuk di lelong.........berminat...?!!






yang ni aku masih pakai lagi......sorry

my barabus tkr


KERETA idamanku

Agak agak bila aku boleh dapat kereta ni?
rasanya bila kucing bertanduk kut!!!!
aiiiih,  kereta ni men\mang best......giler!!!!!